Disini saya ingin share dengan sahabat saya tentang lintah/ pacat.
Artikel ini adalah sumbangan Saudara Tobleronemania Dee
Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumahnya untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,lalu jatuh dan mula mencari pasangan
Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika,selalu nya 3 jam
semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
Hirudin akan menghalang darah dari membeku
Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun tanpa mendapat kan darah lagi
Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ Jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk
Lintah dan pacat di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan :-
1) Rhyncobdella
- mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum
2) Arhyncobdella
- mempunyai rahang dan gigi
Spesies – Spesies Lintah Di Malaysia
- berukuran 5 mm
- memindah kan parasit darah yang ditemui pada haiwan liar
- tidak memparasitkan haiwan invertebrata tapi membunuh mereka terus
- boleh digunakan dalam kawalan biologi pada siput
1.Lintah Hirudinaria manillensis
- ditemui di paya, sungai dan bendang
- menghisap darah kerbau dan kadang kala manusia dan buaya
- dipanggil “lintah kerbau”
2.Pacat Haemadipsa sp.
- lebih kecil dari lintah kerbau
- tinggal di kawasan lembap
- menyorok di celah tanah apabila kering
- keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas
– bergerak secara menjengkal kan badan nya
- menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)
4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia
Haemadipsa zeulanica
Haemadipsa subagilis
Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )
Haemadipsa picta
- adalah perosak haiwan domestik
- menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder
- menjangkitkan penyakit berjangkit
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment